Friday 20 April 2012

Kehidupan


Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk teruskan kehidupan ni.


Oh ye, sementara masih sempat, faah nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada yang disayangi abi, umi, adik2, pakcik2, makcik2, nenek2,  atuk2, keluarga2, kawan2, sahabat2 dan semua yang banyak memberi sumbangan juga membantu faah. Moga Allah sentiasa meredhai setiap detik kehidupan kalian dan membalas kebaikan kalian semua dengan ganjaran yang lebih baik daripada. Terima kasih!!

...

Kembara


23-01-2012 Flight to Sana'a,Yemen.


Belon  ke Sana'a
*Bahasa Sarawak : Belon - Kapal terbang


Dialah yang memegang urusan hambaNya. Mengatur segala kehidupan. Langsung tak disangka aku diberi peluang kedua untuk kembali ke bumi hikmah. Alhamdulillah, praise to Allah. Dialah sebaik2 petunjuk.


Semalam kat Malaysia. Hari ni kat Yaman. Sedar tak sedar, pejam celik tidur bangun dah hampir tiga bulan kat Yaman. Sekejapnya masa berlalu.Tak terasa ia berlalu pergi.

Sampai je kat yaman, perasaan bercampur aduk. Sedih ada gembira ada. Kadang terasa seolah2 masih lagi ada kat dalam mimpi tapi takdir Allah membatasi dan mengatasi segalanya. Sungguh aku betul2 berpijak di bumi ini.
Alhamdulilah. Syukur alhamdulillah.

Universiti


Universiti dah mula kelas bulan December lagi. Banyak yang dah ketinggalan tapi tidak dapat tidak, perlunya masuk kelas untuk isi otak yang dah lama kekeringan dan habiskan silibus.

Bagi pelajar2 tahun satu dan dua inilah jalan yang digunakan untuk ke kelas. Samada jalan tar ataupun jalan bukit.


Jalan tar



Jalan bukit

Kelas


Disebabkan " Qo'ah Alif " dah penuh jadi pagi2 kelas kat sini, “ Qo'ah Ba”.

*Qo'ah - Dewan




Pintu masuk dewan



Kelas

Di sinilah tempat aku belajar. Kebanyakkan kawan2 datang dari yaman. Foreigner student  minoriti.

...

Masijd


Di sini hati menjadi satu

Ya, di masjid inilah kami berkumpul dan disatukan hati. Tidak kira mengira umur, kecil, besar, pelajar ataupun sheikh. Bilamana seruan Ilahi memanggil, semua menghadapkan diri kepada Allah Yang Esa. 

Halaqah Al-quran


Salah satu keistimewaan yang dapat dirasai bila berpeluang masuk halaqah al quran yang dibuat kat masjid. Duduk dalam satu bulatan dan belajar al quran.



Kalau musim panas, halaqah al-quran mula lepas solat subuh. Berbanding musim sejuk, mula lepas habis kelas time tengahari.






Di malam hari budak2 kecik suka datang masjid untuk belajar al quran dan buat ulangkaji pelajaran. Terharu rasanya. " Beza dengan aku dulu waktu kecik2 dulu selalu main2 kat surau. " :')



Anak2 kecil yang tekun mencari ilmu



Bersih masjid, adakalanya diminta kepada para pelajar yang sukarela untuk menyapu karpet di masjid dan proses ni dibuat beramai2.







...

Isi perut



Teh o + Khomeer


Biasanya makan roti dengan air Teh o panas. Air Teh o ais?? Kedai kat sini tak ada lagi yang buat. Kalau nak boleh lah buat sendiri.

Ataupun kalau nak tukar selera makan fasolia. Nak sedap lagi, bila masak ditambah telur.
*Fasolia - kacang merah


Fasolia


Kalau makan tengahari kat universiti pulak biasanya makan nasi + sayur + qudam. Best!!  boleh kenal kawan2  dengan lebih dekat.

*Qudam - sejenis roti yang murah dan berkhasiat



Roti qudam

...


Roomates


Teman2 sebilik. Ada yang dari Syria, Gambia, Somalia, Nigeria dan Malaysia. Tiadanya diskriminasi. Itulah islam yang menyatukan kami. Syukur aku ditempatkan sekali dengan mereka. Banyak yang dapat dipelajari bila meluangkan masa bersama. Alhamdulillah..





...


Sekarang cuti kurang lebih dalam 10 hari lepas berhempas pulas untuk final exam. Insya-Allah, semester baru akan mula minggu depan. Doakan kami semua diberi kejayaan dan dipermudah segala urusan untuk mencari ilmu!! :)