Monday 11 January 2010

Yaman..


map Yemen.

Yemen ialah satu negara yg terletaknya di semenanjung tanah arab,Southwest Asia.Bersempadan dgn Saudi Arabia arah utara,Laut Merah arah barat,Laut Arab dan Teluk Aden arah selatan dan Oman arah Timur.Keluasannya ,bawah 530,000 km² kaw. daratan.Kawasan perairan wilayah lebih 200 pulau,yg paling besar ialah Socotra lebih kurang 415 ke arah selatan Yemen,drp Laut Somalia.Ibu negaranya ialah Sana'a.Bilangan penduduknya lebih kurang dlm 23 juta org.

Kehidupan.

Bangun tidur..bangun tidur..sedar²,dah genap 100 hari aku berjauhan dengan keluarga.Sekejap rasanya tempoh tu berlalu namun Alhamdulillah,syukurku pd Allah s.w.t. kerana masih lagi memberi aku nafas dan kekuatan hingga ke hari ini utk aku melalui detik2 itu.Dgn kesempatan yg ada,aku cuba utk mengenali adat,budaya dan suasana di Negara Yemen dgn lebih dekat lagi.

Kehidupan di sini,jauh berbeza dgn kehidupan kita di Malaysia.Di sini,kita boleh lihat dgn mata kita sendiri bahawa terlalu ramai org yg susah.Sanggup melakukan apa saja demi kepentingan anak² dan isteri.Keluar pagi balik petang.Begitulah berlalunya hari2 mereka.Tidak kurang pula org yg kaya,kehidupan mereka umpama langit dan bumi jika dibandingkan mereka dgn org yg miskin.


women in yemen (not at all).

Adat dan budaya mereka juga adalah antara yg masih lagi terpelihara yg berpaksikan Agama Islam.Antara adat mereka ialah memakai jubah.Begitu juga dgn majoriti org perempuan,cuma ditambah niqab(penutup muka).Inilah satu kelebihan yg terdapat di Negara Yemen.Pabila tertutupnya muka seseorang kaum Hawa,secara tidak langsung ia akn dapat mengurangkan lagi risiko yg merbahaya terhadap diri mereka.



“ Dan katakanlah perempuan yg beriman agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan jangalah menampakkan pehiasannya(auratnya)kecuali yg (biasa) terlihat.Dan hendaklah menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkn perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,atau ayah suami mereka atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka atau saudara2 laki2 mereka atau putra2 saudara perempuan mereka,atau para perempuan (sesama Islam) mereka ,atau hamba sahaya yg mereka miliki ,atau para pelayan laki2 (tua) yg tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan),atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentakkn kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah , wahai orang2 yg beriman,agar kamu beruntung.”

Surah An-Nur : Ayat 31.

Suatu perkara yg sehingga kini menyentuh perasaanku ialah tatkala melihat insan yg sebaya dgn adik²,abg² dan akak² kita di Malaysia yg sepatutnya mereka inilah dimasukkn ke sekolah atau universiti spt kita tp mereka telah meninggalkn bangku itu.Hanya kerana mahu mencari duit.Ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Biarpun terpaksa melakukan sesuatu pekerjaan yg memalukan lagi sedikit pulangannya,namun bg mereka,selagi ada peluang,selagi itu mereka akan menggunakn peluang itu dgn sebaik²nya.


menaruh harapan..

Contoh,sorg budak yg duduk kat atas lantai ni,dia hanya menunggu org lalu di depannya sambil mengulang² perkatan “ wazzin..wazzin..” ( timbang..timbang..).Sebesar ini usianya tp sudah mengenal erti kehidupan.


pembersihan cermin.

Lain pula cerita tentang dua org kanak2 di kawasan jalanraya.Mereka cuba sedaya upaya utk membersihkan cermin kereta sebanyak mungkin,sementara semua kereta tengah berhenti.Sedihnya,kalau ada rezeki,dapatlah dalam lebih kurang 20 Yemen Riyal,lebih krg(30sen ). Kalau kat Malaysia, memang boleh kata takde situasi camtu.Barangkali,bg kita ianya satu benda yg kecil tp bg mereka yg susah,ia adalah suatu besar.Subhanallah,kuatnya azam mereka.Moga Allah memberi pertolongan ke atas mereka dan mengubah nasib mereka kpd yg lebih baik lagi.Ameen.


********************


Kami.



tempat kediaman.

Tidak kurang juga kami di sini.Sebermula kehidupan kami di rumah sewa (sementara),ianya sedikit sebanyak telah mengajar kami cara utk ‘berdiri ats kaki sendiri.Beli brg dapur sendiri.Masak sendiri.Basuh baju sendiri.Sampai air utk kegunaan rumah pun kene cari sendiri.Hm..mesti tak sangka kan.ye lah,sebab kebiasaannya kat Malaysia kita semua pakai bekalan air drp kerajaan.Kat sini,telefon lori air dulu,cakap “ ya akhi,eshte moyah!..” bahasa arab 'ammi (belajar ngan veteran),pastu,baru boleh dptkn air tp yg tu pun isi sendiri.




top up air.


Susah + Tenaga = Manisan kehidupan.


Pasar.



membeli ubi.

Satu tempat yg paling tak sesuai disinggah andai tiada keperluan utk dibeli.Sebabnya,nnt mesti serabut kepala otak nak kene gaduh² mulut,ditambah pulak dgn org buat bising.hm..walau bagaimanapun,di sinilah medan buat kami utk mempraktikkn apa yg telah kami belajar di M’sia dulu.Tanya harga barang pastu mulalah tawar-menawar.Pada mulanya,mmg agak susah dan kekok jgk sebenarnya nak cari ngan susun perkataan utk buat ayat,tp lama kelamaan alhamdulillah,ianya beransur m’jadi biasa.


sayur tersusun rapi.


Hijrah.


Foreigner Apartment.

Kehidupan kami semuanya berubah sekelip mata,semenjak kami berpindah ke tempat baru.Daripada tinggal sebumbung dgn org Malaysia,kini telah bercampur dgn org yg dtgnya dari Kosovo,Ghana,Turjikistan,Cina,India,Iraq,Ukraine,Pakistan,Turkey dan Mesir.Drp call lori,ber-"esyte moyah" utk dapatkn air.Skrg ni dah tak perlu lagi.Sebabnya,mungkin dah ada org uruskn bhgn tu.

Alhamdulillah,aku tak sangka nikmat sebegini dtg ke ats kami.Tambah pula ketenagan di hati,bila kesemua foreigner tu peramah dan mesra.Ia memudahkn lgi usaha aku utk mengenali antara satu sama lain.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)… "
Surah al-Hujurat : ayat 13.

Sungguhnya,saat ini aku dapat merasai yg Islam itu adalah satu agama yg membawa diriku kepada penyatuan manusia.Hitam dan putih tidak memberi apa² makna dlm mencari erti kata ‘ketaqwaan’ kpd Allah s.w.t.

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)…"

Surah Al-Hujurat : Ayat 13.

Walaupun kami (org M’sia) tinggal di apartment dalam satu rumah yg sama, tp itu sesekali tidak menjadi halangan kepada kami utk terus mewarnai kehidupan ini..