Tuesday 8 October 2013

New Life


Bismillah



" Ya Allah, bantulah aku untuk mulakan hidup baru dan kekal dalam cintaMu. "

Friday 20 April 2012

Kehidupan


Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk teruskan kehidupan ni.


Oh ye, sementara masih sempat, faah nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada yang disayangi abi, umi, adik2, pakcik2, makcik2, nenek2,  atuk2, keluarga2, kawan2, sahabat2 dan semua yang banyak memberi sumbangan juga membantu faah. Moga Allah sentiasa meredhai setiap detik kehidupan kalian dan membalas kebaikan kalian semua dengan ganjaran yang lebih baik daripada. Terima kasih!!

...

Kembara


23-01-2012 Flight to Sana'a,Yemen.


Belon  ke Sana'a
*Bahasa Sarawak : Belon - Kapal terbang


Dialah yang memegang urusan hambaNya. Mengatur segala kehidupan. Langsung tak disangka aku diberi peluang kedua untuk kembali ke bumi hikmah. Alhamdulillah, praise to Allah. Dialah sebaik2 petunjuk.


Semalam kat Malaysia. Hari ni kat Yaman. Sedar tak sedar, pejam celik tidur bangun dah hampir tiga bulan kat Yaman. Sekejapnya masa berlalu.Tak terasa ia berlalu pergi.

Sampai je kat yaman, perasaan bercampur aduk. Sedih ada gembira ada. Kadang terasa seolah2 masih lagi ada kat dalam mimpi tapi takdir Allah membatasi dan mengatasi segalanya. Sungguh aku betul2 berpijak di bumi ini.
Alhamdulilah. Syukur alhamdulillah.

Universiti


Universiti dah mula kelas bulan December lagi. Banyak yang dah ketinggalan tapi tidak dapat tidak, perlunya masuk kelas untuk isi otak yang dah lama kekeringan dan habiskan silibus.

Bagi pelajar2 tahun satu dan dua inilah jalan yang digunakan untuk ke kelas. Samada jalan tar ataupun jalan bukit.


Jalan tar



Jalan bukit

Kelas


Disebabkan " Qo'ah Alif " dah penuh jadi pagi2 kelas kat sini, “ Qo'ah Ba”.

*Qo'ah - Dewan




Pintu masuk dewan



Kelas

Di sinilah tempat aku belajar. Kebanyakkan kawan2 datang dari yaman. Foreigner student  minoriti.

...

Masijd


Di sini hati menjadi satu

Ya, di masjid inilah kami berkumpul dan disatukan hati. Tidak kira mengira umur, kecil, besar, pelajar ataupun sheikh. Bilamana seruan Ilahi memanggil, semua menghadapkan diri kepada Allah Yang Esa. 

Halaqah Al-quran


Salah satu keistimewaan yang dapat dirasai bila berpeluang masuk halaqah al quran yang dibuat kat masjid. Duduk dalam satu bulatan dan belajar al quran.



Kalau musim panas, halaqah al-quran mula lepas solat subuh. Berbanding musim sejuk, mula lepas habis kelas time tengahari.






Di malam hari budak2 kecik suka datang masjid untuk belajar al quran dan buat ulangkaji pelajaran. Terharu rasanya. " Beza dengan aku dulu waktu kecik2 dulu selalu main2 kat surau. " :')



Anak2 kecil yang tekun mencari ilmu



Bersih masjid, adakalanya diminta kepada para pelajar yang sukarela untuk menyapu karpet di masjid dan proses ni dibuat beramai2.







...

Isi perut



Teh o + Khomeer


Biasanya makan roti dengan air Teh o panas. Air Teh o ais?? Kedai kat sini tak ada lagi yang buat. Kalau nak boleh lah buat sendiri.

Ataupun kalau nak tukar selera makan fasolia. Nak sedap lagi, bila masak ditambah telur.
*Fasolia - kacang merah


Fasolia


Kalau makan tengahari kat universiti pulak biasanya makan nasi + sayur + qudam. Best!!  boleh kenal kawan2  dengan lebih dekat.

*Qudam - sejenis roti yang murah dan berkhasiat



Roti qudam

...


Roomates


Teman2 sebilik. Ada yang dari Syria, Gambia, Somalia, Nigeria dan Malaysia. Tiadanya diskriminasi. Itulah islam yang menyatukan kami. Syukur aku ditempatkan sekali dengan mereka. Banyak yang dapat dipelajari bila meluangkan masa bersama. Alhamdulillah..





...


Sekarang cuti kurang lebih dalam 10 hari lepas berhempas pulas untuk final exam. Insya-Allah, semester baru akan mula minggu depan. Doakan kami semua diberi kejayaan dan dipermudah segala urusan untuk mencari ilmu!! :)



Monday 19 July 2010

Asean Food

Bismillah..

“Alhamdulillah!!..” Syukur tak terkira pd Allah Yg Memberi Nikmat.
Sungguhnya,telah kian lama ku mengidam utk merasai masakan Asia.
Akhirnya,peluang itu dtg.Di malam hari,aku b'sama teman2 memanjangkn langkah menuju ke Restoran Sumatra.

Sumatra Island Restaurant.



Restoran Sumatra adalah salah satu Restoran Asia di Sana'a,Yaman.Ia dikendalikan sendiri oleh seorg pak cik yg mmgasalnya dr Indonesia.
Hidangannya tak ubah sebagaimana di M'sia spt Nasi Goreng,Mee Goreng,Sate,Nasi Campur dan kuih.

Antara menu yg disediakn :



Restoran Sumatra ini bertemakn ciri2 yg classic,romantic & harmony.Cukup sesuai bg mereka yg meminati suasana tenang.





Walau begitu,kedinginan malam m’buatkn kami sebulat suara utk makan di luar restoran.
Itu tak penting.Apa yg penting dpt ialah dpt makan. :)

Hmm..waktu yg lama dinanti2 telah tiba.Makanan yg ku pesan sebentar tadi nasi goreng dan teh ais kini berada di depan ku.



Dgn lafaz bismillah kami menjamah hidangan..





“Alhamdulillah..”.Sikit sebanyak dpt jugak mengalas perut dgn makanan Asia.Sekadar utk merasa dan melepas rindu,cukuplah bagiku.

Insya-Allah..di lain hari,andai dipanjang umur aku harap agar diriku b’kesempatan utk menikmati hidangan yg dtgnya drp restoran negaraku sendiri.. :)

Wednesday 28 April 2010

Sejenak ku mengimbau..

Berderap mengenali Yemen.


Bismillah..

~ Alhamdulillah syukur pada-Mu ya Rabb kerana masih memberi ku peluang utk terus melayari bahtera ini..

***********************

Buat pertama kalinya aku kembara di bumi ini adalah dgn shbt2 yg baru ku kenali.Kenal sekadar pada nama.Namun,aku sgt berharap agar penyemaian benih persahabatan antara kami terus menyubur dari hari ke hari.Ya,aku hanya mengembara di tempat yg sama tp barangkali inilah peluang yg terbaik buatku utk lebih mengenali temanku.

“Andai mahu mengenali ssorg itu dgn lebih mendalam,maka kembaralah bersamanya.. ”

Wadi Zhuhr.


Wadi Zhuhr.

Tempat yg pertama menjadi destinasi kami dan di sinilah juga impianku direalisasikan utk melihat keindahan panorama di kawasan pergunungan.Subhanallah,cantiknya ciptaan-Nya.Memang tidak dapat digambarkn kepuasan yg mewarnai jiwa ini.Lepas dipandang,pandang lagi.Seakan saja dibina mahligai dan terus menghayati keindahan itu.Benarlah maksud firman Allah s.w.t:

"Kemudian ulangilah pandangan(mu) itu sekali lagi dan sekali lagi,niscaya pandanganmu akan kembalipadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dlm keadaan keletihan."

Surah Al-Mulk:Ayat 4


takkan pernah ku lupa saat ini..


Sempat belajar memegang burung.


Kesempatan yg ada tidak disia2.

Hadiqah An-Nasb.


Tugu peringatan syuhada.

Kemudiannya,kami beralih beralih ke hadiqah(taman) utk memperingati kematian para Syuhada’ Mesir.Kami di sini hanya sebentar kerna masih lagi berbaki beberape tmpt utk disinggah.Lalu disambung lah perjalanan ke....

Darul Hajar.


Darul Hajar.

Dalam perjalanan ke sana,ku dapat melihat perjalanan kehidupan yg jauh dari bandar.Hidup mereka kelihatan seperti biasa pada pandangan mata.Hakikatnya,mereka adalah antara insan2 yg mengharap sinar perubahan yg bisa menyuluh kegelapan hidup.


.



penternakan kambing.


Darul Hajar adalah salah sebuah tempat raja beristirehat.Dibuktikan tempat ini telah menjangkaui 700 thn lebih,berikutan kewujudan Pokok Tolaqoh yg ditanam 700 thn dahulu yg sama dgn kwujudan Darul Hajar.Cukup strategik,jauh drp kesibukan bandar dan kekusutan manusia.Mempunyai teknologi dalam menggapai erti kata‘kebahagiaan’ tersendiri


kolam.


Pokok Taloqah.


Juga drp segi kedudukannya yg sistematik dgn saluran air,dapur,kedudukan bilik,almari, cooling storage window.


bilik istirehat.


telaga.


almari.



cooling storage window.


dan yg paling tak disangka ialah kewujudan pre-historic burial cave...


burial cave.


para penggendang.

Seusai menjelajah,kami turun ke bawah.Dalam perjalanan,palu-paluan gendang menelusuri telinga kami.Diandaikn majlis rasmi atau org kawin berlangsung,rupanya satu acara berbentuk tarian sdg rancak dijalankn.Di mana,beberapa org yg menari akn berada dlm satu barisan sambil bermain 'Jambia' (pedang kecil).

Keasyikan mereka menari mendatangkn persoalan di benak otak.

“ Eh,untuk apa diorg menari-nari ni ye?..” monologku sendirian.


tarian.


Lantas,ditanya kpd abg yg telah lama menetap di yaman ini.

“ Oh,tarian tu,yg sebenarnya ia adalah satu budaya di yaman.Kebiasaannya di buat waktu majlis kawin kalau ada org yg menjemput atau ianya dijadikan satu permainan yg peraturannya,perlu menari mengikut cara yg ditetapkn,andai sesiapa tersalah langkah maka dialah yg akn terkeluar.” Abg memberi jawapan sambil melirik senyuman.Terasa lega di hati mengurai serabut.

Sejenak berhenti org yg bermain gendang,kami pun mula mengambil langkah utk menaiki bas ke..

Masjid Presiden Yemen.


Masjid presiden.

Perasaan teruja menerjah jiwa pabila pandangan pertama dilemparkn pada struktur binaan luar masijd. Walhal,kaki ini belum sempat lagi melangkah masuk ke dalam masjid akn tp kekaguman yg menggamit telah mendahului segalanya.

Bagiku,pemandangan seperti itu mencukupi utk membawa diriku terbang ke Masjid Putrajaya .

Tidak lama kami di luar,azan zohor berkumandang,seolah menjemput kami masuk ke dalam.

Saat menginjak,lampu yg tersusun bergantungan,dinyalakan.Tatkala itulah,cahaya kekuning-kuningan mula mengambil alih kegelapan tempat di dlm masjid.Subhanallah,cantiknya!!.


dewan solat.

Sesudahnya solat fardhu ditunaikan,org ramai mengambil kesempatan menangkap gambar.Begitu juga kami.


detik yg indah .

Tidak cukup dgn kecantikan itu,kamu diperlihatkn lagi teknologi nya masjid ini dgn satu alat yg berfungsi utk mematikan gelombang telefon.Secara automatiknya,mana2 telefon yg dibawa masuk ke dlm masjid akn hilang fungsinya sehinggalah ia dibawa keluar,barulah ia kembali berfungsi spt biasa.


teknologi.


********************

Esok hari..

Nasi mandi.

Di kala matahari berada di atas kepala,kami dibawa keluar utk makan tengahari di salah satu restoran arab yg terkenal dgn “ Nasi Mandi” .Tika itu,fikiran ligat bermain andaian utk makan beramai² di atas satu meja besar sambil tawa gembira tp sangkaan ku itu 100% meleset setibanya kami di restoran.Kesemua mereka yg menjamu selera duduk di atas lantai yg beralaskn karpet dan makan beramai2 menggunakn dulang .Memang ianya satu budaya yg agaknya susah utk kelihatan di Malaysia.

Nasi mandi dihidangkn.


Nasi Mandi lauk daging kambing.

Doa dibaca lalu makanan mula dijamah...


menjamu selera.


bersama ayahanda,abg & sepupu.


Alhamdulillah,sedapnya tak terperi,sedap!..

Bak kata kawanku :

“ Siapa yg mengembara ke Yaman tp tidak mengambil peluang utk menikmati nasi mandi,mmg rugilah dia.”

Sebelum meninggalkn restoran,aku sempat menjenguk ke dapur restoran.Adanya keunikan cara mereka memasak.Tempatnya di dlm tanah.


periuk masakan.

Syukur..perut kenyang,hati pun senang.Tiba masa utk membeli-belah di Bab Yaman.Salah satu tempat yg pernah menjadi pusat utama perniagaan dahulu yg terkenal dgn jualan pakaian,kasut,selipar,makanan,rempah ratus dan souvenir.

Bab Yaman.


Bab yaman.

Sebelum mencari barang2 keperluan,kami berkesempatan mengenali kaabah Abrahah atau lebih dikenali sebagai Qulais.


Qulais.

Difahamkn juga,pekan di tempat kami berdiri itu,adalah satu pekan yg dibina oleh Sam,anak nabi Nuh a.s .

antara banggunan peninggalan sejarah


suasana membeli-belah.


Dalam kesibukan membeli-belah,azan zohor berkumandang.Yang sementara ditinggalkan utk mengambil yg kekal.Oleh itu,kami menujukan diri ke Masjid Al-Kubra.

Masjid Al-Kubra.


di kaw masjid al-kubra.


batu asas masjid al-kubra.


Pada zaman dahulu,salah seorg sahabat nabi telah m'jumpai arah kiblat yg tepat berarahkan Jabal Dhain mengikut drp apa yg telah diberitahu dan disarankn oleh Nabi Muhammad s.a.w.Kemudiannya,dia meletakkn batu asas setelah yakin dgn arah kiblat yg dicari.Lalu,org mula membuat kajian terhadap apa yg didengar utk mempastikn ketepatan kiblat Masjid Al-Kubra.Hasilnya,kiblat yg dijumpai itu,adalah yg paling tepat

****************

" Mudah-mudahan setiap saat yg kami lalui bersama ini akan diberkati serta dirahmati olah Allah s.w.t dan aku sgt b'harap pada-Mu Ya Allah agar memberi peluang kali-2 utk kami berkumpul semula di masa akn dtg.."

Ameen Ya Rabb.